Tuesday, April 19, 2011

reality show oh reality show...


Salam readers! haha

lama gila x update haha.. tatkala manusia lepasan SPM sedang buzy di'interview' dan bersiap siaga ni.. mmg macam2 la kena disiapkan.. so it takes time utk memikirkan post yang sesuai..

okiez shall we start?

as you can see, logo kat atas tu melambangkan rancangan reality tv popular di Astro iaitu Akademi Fantasia!!!! dah masuk musim ke-9 dah rupanya rancangan kesukaan ramai ni.. hehe 

tapi sayangnya makin lama AF ni disiarkan makin bosan aku dibuatnya.. wait a minute.. bosan is not the right word.. how should i put this delicately? hmm.. oh i know.. pathetic.. so pathetic.. 

kenapa aku cakap mcm ni? well disebabkan xde benda yang baru, kejutan yang dah bosan dan yang paling penting pelajar2nya atau apa yang Aznil panggil bintang2 AF9 yang choy.. haha

guys, i know this is only the beginning of the show.. and i understand that we can't expect them to perform their best at the concert.. but dude.. at least AF sebelum ni concert2 terawal mereka kita dah boleh menyaksikan kehebatan nyanyian dan persembahan seprti Kaer, Amylea, Felix, Lotter, Bob dan ramai lagi.. at least they prove even though  they're nervous as this is their first time performing live in front of a lot of people, they can sing.. that they have the talent.. but i don't know what the hell is wrong with AF9 students.. it was like they are so ermm (i don't want to say that word)
haha buruknya prestasi pelajar AF bukan lah satu2nya faktor kenapa AF tahun ini disifatkan sebagai bosan.. tetapi kegagalan pihak penganjur tu sendiri utk menceriakan AF9.. kita dapat lihat dengan jelas bagaimana Astro sedaya upaya ingin menjadikan AF9 seperti AF mereka yang terdahulu.. terutamanya AF mereka ketika zaman Mawi,Zahid,Hafiz,Mila yang boleh dianggap sebagai cemerlang.. cara Astro menarik penonton ialah dengan mengingatkan kembali memori AF dahulukala dengan membuat rancangan kenangan Afnil.. =.='

macam lah org kisah.. and i really think kehadiran semula Aznil menggantikan AC Mizal x membuat apa2 perubahan pun.. aura Pak Nil dalam AF sudah tiada sebenarnya.. kezzzutan yang dahulunya ditunggu-tunggu dah jadi lame dah.. 

dan sudah tentunya pengkritik tetap kita, Fauziah Ahmad Daud dan Hattan.. hmm camne nak cakap ek? kita dah lihat telatah mereka ni dalam AF yang terdahulu.. Fine ok.. they're funny.. they're cool.. but that's it.. it's only for that show.. benda sperti ini x perlu diulang2 banyak kali oleh Astro.. sedangkan beribu2 artis ada kat Malaysia ni.. buatla pembaharuan sikit.. adoyai..Ia menunjukkan Astro sangat terdesak dalam mencari publicity utk mempopularkan semula AF ni.. dan membuatkan ramai juga yang semakin hilang minat dengan rancangan ni..

hmm utk line up tenaga pengajar.. i think it's ok.. aku respect Amy Search dan pemilihannya dilihat lebih baik dari memilih Ahmad Dhani Dewa 19.. dan aku puji Astro yang memilih Ning Baizura dan Adlin Aman Ramlie sebagai tenaga pengajar vokal dan seni persembahan.. yela it's kinda exciting tgok pengkritik jadi pengajar.. camna la rupanya hasil diorang plak kan.. rupa2nya choy saje haha.. a lot more works to do guys.. but it's ok, i have faith in both of you..

oo sebelum terlupa, pasal rumah kaca tu.. aku x berapa setuju.. ia membuatkan Astro nak menampakkan macam people care about the students walaupun realitinya people don't care at all.. buat semak AEON Jusco AU je haha.. and plus aku rasa pelajar tu sendiri pun x selesa diperhatikan org ramai kalau nak practice ke.. nak berangan ke.. nak chitchat ke.. mungkin ini faktor utama persembahan teruk.. hmm.. mungkin.. ah takde maknanya kalau x sedap tu x sedap jugak..

haha tu je kot.. segala komen ni bukan bermaksud aku x suka AF tau.. aku suka rancangan yang mencungkil bakat baru ni.. cuma next concert please do you best guys.. jangan hampakan peminat AF dan mengurangkan rating show ni okay.. 

aku personally letak harapan tinggi kat Miza,Khai dan Erul(walaupun aku benci image K-Pop ngan JB bodoh tu).. utk yang lain buat yang terbaik utk seterusnya ok! Chaiyok!

Chow!

p/s:tgok Maharaja Lawak lagi exciting ; )

Monday, April 11, 2011

Rio:Story of The Blue Macaws


Assalamualaikum n salam sejahtera my fellow readers!

OK, it's been a while guys hehe.. sorry for not updating this blog.. bz meh skarang.. scholarships issues.. SPM result issues.. career issues.. Jam Omega issues (wait, this is out of the topic, right?) haha..

apa2 pun.. kali ini zuheirzulkifely hadir sekali lagi dengan post baru untuk review sebuah animation film yang berjudul "Rio"!!! huhuhuhu

ok aku menonton filem ini semalam di TGV KLCC yang sempit dan x best tu.. tapi whatever tgok dan sabo je la kan..

sebelum start menonton filem ni.. aku terfikir apa kejadahnya Rio tu? nama burung tu ke? atau nama kawan dia ke? atau nama penjaga? haha so sebelum start filem aku bertanya kepada seorang manusia di sebelah aku.. beginilah dialognya..

aku:kenapa Rio ek?
dia:(dengan wajah confident)Rio tu nama burung biru tu..
aku:ohh..

haha but it was not.. Rio itu sempena nama Rio de Janeiro ibu negara Brazil.. Rio adalah setting of most part of the film.. got it? huhu

ok the best thing about the film was.. Carlos Saldanha iaitu director film ni menggarap dengan baik setting utama film tersebut iaitu bandar Rio itu sendiri.. bagaimana permulaan film menunjukkan Blu,main act of this movie yang dilahirkan di hutan di Rio dan disambut baik oleh rakan2 burung di situ..kemudian ketika Blu dan Linda tiba di Brazil dan Saldanha sekali lagi menonjolkan bandar itu dengan menunjukkan Christ the Redeemer Statue,Corcovado dan keseluruhan bandar yang jelas menjadi kebanggaan rakyat Brazil.

Saldanha juga bijak dalam memanipulasi keseluruhan cerita dengan menunjukkan realiti bangunan dan rumah2 di Rio.. Beliau berjaya menyelitkan semangat rakyat Brazil yang suka menonton pasukan bolasepak mereka.. dan yang paling penting sudah tentunya The Carnival iaitu festival yang terbesar di dunia yang membabitkan perarakan ribuan2 kereta hiasan dan penari2 Brazil di The Sambodromo di Rio.. menonton filem ini sememangnya seperti kita sendiri sedang melancong dan menikmati keindahan di Brazil! 

benda kedua yang membuat filem ini menarik sudah tentunya runut bunyinya.. sememangnya ia adalah kunci utama dan kekuatan dalam sesebuah filem animasi tetapi saya merasai sesuatu yang lain dalam filem ini.. mungkin kerana feel 'South America'nya begitu menarik dan kuat dalam Rio.. huhu track yang menarik minat sya ialah "Let Me Take You to Rio" nyanyian Ester Dean dan Carlinhos Brown.. ada feel dan unsur2 Rihanna sikit dalam lagu ni haha.. Good job John Powell!(music director)

benda ketiga yg best ialah humornya.. ok x boleh saya nafikan Rio ialah filem animasi yang kelakar.. di kala saya sgat susah ketawa apabila menonton filem animasi.. Rio berjaya membuatkan saya gelak besar.. haha that's what i expected from 'Ice Age' director.. haha lawak yang menjadi dan bukan lawak animasi yang typical seperti beberapa buah filem yang lain.. Thumbs up buat Saldanha!

ok cuma filem durasi 96 minit ni saya rasakan ada sesuatu yang tidak cukup.. x sure apa yang tiada.. mungkin kerana filem ini storyline dia sgat2 expectable.. kurangnya konflik dalam cerita ini.. dan masanya yang terlalu pendek saya rasa menjadikan filem ini awesome.. but not that awesome.. cool.. but not that cool.. camtulah feelnya..

so secara keseluruhannya filem ini saya katakan dalam keadaan 'okla' sahaja.. u don't have expect something different and special dari animation ini.. ianya adalah sebuah filem yang ringan dan sesuai kalau nak releasekan stress.. so overall it is typical animation film..

my advice, watch this film.. but watch it on Wednesday when the ticket is cheaper haha.. worth it though!

but for lovebirds, don't wait til' Wednesday! watch it today! this film is also romantic and will strengthen ur relationship,true story (kecuali kalau ur beloved one tertido dalam wayang,xboleh buat apa la) haha

p/s: aku tertido dalam 10 minit masa tgok film ni.. tapi x bermakna filem ni x bagus ;)

Chow!