Showing posts with label movies. Show all posts
Showing posts with label movies. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Fast Five : Rio Heist

Salam,

2nd post of the month!!!!!!!! What is up?!!!!!! huhuuhuhu

x abes excited tgok Fast Five semalam kat KLCC... wua!!


ok ok bertenang haha..

so semalam aku dah tgok cerita yg ramai gila cakap the best act of the year ni.. 
n bile aku tgok.. ok no wonder la..

apa yg aku boleh katakan ialah Fast Five ni lain dari franchise F&F yg lain.. dan boleh dikatakan filem ni yg trbaik dalam siri F&F stakat ni..

apa yg pasti kalau korg anticipate nak tgok racing2 vroom2 dlm Fast Five.. spoiler alert xkan ada byk racing dalam ni melainkan racing antara Dom Toretto dengan rakan2nya je.. 
itu kelainan yg cuba dibawakan oleh Universal Studio dalam Fast Five.. dan terbukti kelainan itu membuahkan hasil yg lebih awesome dan mantap!(sbb aku dah bosan dgan citer kereta lumba2 ni)

ok sedikit review pasal filem ni.. sangat berbeza dari F&F 4 yg bosan gila tahap gaban tu.. takde terlebih tunjuk2 ke'seksi'an wanita, durasi yg lama dan racing memanjang.. thumbs up for Justin Lin & Chris Morgan kerana berjaya menggarap filem ni dengan cemerlang..

Fast Five lebih kepada paparan penjenayah yg genius dan penceritaan ttg strategi.. dan yg seronoknya Fast Five ni ialah Justin menonjolkan dexterity setiap ahli kumpulan Dom yg dipanggil utk merompak dan mencabar Reyes,si kepala penjenayah di Rio.. dan film ni lebih menarik dengan kehadiran Agent Hobbs (Dwayne Johnson) utk memburu Dom dan ahli kumpulannya.. perkembngan plot filem ni berlaku dalam jangka masa yg cepat dan sgt exciting..

kelebihan kedua Fast Five ialah setting utamanya di Rio yg aku rasa sgat sesuai.. pemilihan kawasan Amerika Latin utk film ni menyebabkan feel mafia dan crime tu ada.. di samping bandar Rio dan kawasan setinggannya sendiri memberi impact yg lebih jelas utk film ni..

dan sudah tentu pelakon2 dalam film ni naturally berjaya membawa watak diorg dengan berjaya.. extra credit harus aku berikan kepada Vin Diesel, Tyrene Gibson, Sung Kang, Ludacris dan Gal Gadot( damn it she was super-hot in that movie)... kehadiran mereka semua menyebabkan Fast Five dijadikan sebuah film action-packed dan mempunyai unsur2 humour yg sangat menghiburkan..

apa yg pasti Fast Five aku letakkan sebgai salah satu film 'must-watch' tahun 2011 ni.. dan utk korg yg minat film bergenre ala2 Ocean's Eleven,The Italian Job dan The French Connection.. Fast Five ialah film yg akan korang suka.. dan klau korg kurang minat dgan genre ni.. trust me,korg akan minat gak nnt..dan bile tgok nnt.. tunggu sampai habis credit film tu.. sbb ada sambungan yg mendebarkan..

so thumb up utk org yg 1st time tgok..
2 thumbs up utk org yg 2nd time tgok...
dan utk org yg tgok 3 kali dah.. sudah2 la bazir duit tu.. go get a life dude..


Monday, April 11, 2011

Rio:Story of The Blue Macaws


Assalamualaikum n salam sejahtera my fellow readers!

OK, it's been a while guys hehe.. sorry for not updating this blog.. bz meh skarang.. scholarships issues.. SPM result issues.. career issues.. Jam Omega issues (wait, this is out of the topic, right?) haha..

apa2 pun.. kali ini zuheirzulkifely hadir sekali lagi dengan post baru untuk review sebuah animation film yang berjudul "Rio"!!! huhuhuhu

ok aku menonton filem ini semalam di TGV KLCC yang sempit dan x best tu.. tapi whatever tgok dan sabo je la kan..

sebelum start menonton filem ni.. aku terfikir apa kejadahnya Rio tu? nama burung tu ke? atau nama kawan dia ke? atau nama penjaga? haha so sebelum start filem aku bertanya kepada seorang manusia di sebelah aku.. beginilah dialognya..

aku:kenapa Rio ek?
dia:(dengan wajah confident)Rio tu nama burung biru tu..
aku:ohh..

haha but it was not.. Rio itu sempena nama Rio de Janeiro ibu negara Brazil.. Rio adalah setting of most part of the film.. got it? huhu

ok the best thing about the film was.. Carlos Saldanha iaitu director film ni menggarap dengan baik setting utama film tersebut iaitu bandar Rio itu sendiri.. bagaimana permulaan film menunjukkan Blu,main act of this movie yang dilahirkan di hutan di Rio dan disambut baik oleh rakan2 burung di situ..kemudian ketika Blu dan Linda tiba di Brazil dan Saldanha sekali lagi menonjolkan bandar itu dengan menunjukkan Christ the Redeemer Statue,Corcovado dan keseluruhan bandar yang jelas menjadi kebanggaan rakyat Brazil.

Saldanha juga bijak dalam memanipulasi keseluruhan cerita dengan menunjukkan realiti bangunan dan rumah2 di Rio.. Beliau berjaya menyelitkan semangat rakyat Brazil yang suka menonton pasukan bolasepak mereka.. dan yang paling penting sudah tentunya The Carnival iaitu festival yang terbesar di dunia yang membabitkan perarakan ribuan2 kereta hiasan dan penari2 Brazil di The Sambodromo di Rio.. menonton filem ini sememangnya seperti kita sendiri sedang melancong dan menikmati keindahan di Brazil! 

benda kedua yang membuat filem ini menarik sudah tentunya runut bunyinya.. sememangnya ia adalah kunci utama dan kekuatan dalam sesebuah filem animasi tetapi saya merasai sesuatu yang lain dalam filem ini.. mungkin kerana feel 'South America'nya begitu menarik dan kuat dalam Rio.. huhu track yang menarik minat sya ialah "Let Me Take You to Rio" nyanyian Ester Dean dan Carlinhos Brown.. ada feel dan unsur2 Rihanna sikit dalam lagu ni haha.. Good job John Powell!(music director)

benda ketiga yg best ialah humornya.. ok x boleh saya nafikan Rio ialah filem animasi yang kelakar.. di kala saya sgat susah ketawa apabila menonton filem animasi.. Rio berjaya membuatkan saya gelak besar.. haha that's what i expected from 'Ice Age' director.. haha lawak yang menjadi dan bukan lawak animasi yang typical seperti beberapa buah filem yang lain.. Thumbs up buat Saldanha!

ok cuma filem durasi 96 minit ni saya rasakan ada sesuatu yang tidak cukup.. x sure apa yang tiada.. mungkin kerana filem ini storyline dia sgat2 expectable.. kurangnya konflik dalam cerita ini.. dan masanya yang terlalu pendek saya rasa menjadikan filem ini awesome.. but not that awesome.. cool.. but not that cool.. camtulah feelnya..

so secara keseluruhannya filem ini saya katakan dalam keadaan 'okla' sahaja.. u don't have expect something different and special dari animation ini.. ianya adalah sebuah filem yang ringan dan sesuai kalau nak releasekan stress.. so overall it is typical animation film..

my advice, watch this film.. but watch it on Wednesday when the ticket is cheaper haha.. worth it though!

but for lovebirds, don't wait til' Wednesday! watch it today! this film is also romantic and will strengthen ur relationship,true story (kecuali kalau ur beloved one tertido dalam wayang,xboleh buat apa la) haha

p/s: aku tertido dalam 10 minit masa tgok film ni.. tapi x bermakna filem ni x bagus ;)

Chow!

Wednesday, March 16, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa : Epik Malaysia Pertama


Assalamualaikum & salam sejahtera my fellow readers..

hehe

OK.. Semalam merupakan detik bersejarah buatku..

KENAPE??

Coz aku dah tgok filem Hikayat Merong Mahawangsa!! haha

terus kepada review filem yang tgah meletop di pawagam seluruh negara ni.. secara keseluruhannya filem ini boleh la aku rate sbg 5 star local film.. sbbnye aku berani berkata sedemikian ialah kosnya,CGInya,pelakonnya dan keberanian pengarah/penerbit film ini utk membawa HMM ke 69 buah negara adalah langkah pragmatik dlm usaha mengangkat martabat filem negara ke mata dunia(macam tulis esei bm lak hehe)...

huhu sudah tentula kita tak boleh expect sesebuah film itu sebagai perfect.. panas telinga aku bila ada org melontarkan komentar2 yg tak membina ketika menonton filem ini.. ada yang ketawa apabila teknik CGI ketika Merong menyerang armada Geruda dgan cermin Archimedes tu sebagai tak realistik langsung dan kelakar..

well, frankly speaking aku sangat tidak menghormati mereka yang hanya tahu mengutuk dan tidak appreciate hasil kerja terutamanya local products.. seperti yang aku katakan mmg HMM mempunyai banyak lompong2 yg boleh diperbaiki KRU di masa hadapan.. seperti contoh watak Tuan Puteri Meng Li Hua yang dimainkan oleh Jing Lusi yang sedikit keras.. mungkin kerana kurang fasih berbahasa Melayu.. dalam hal ini saya perlu sarankan kepada Yusry untuk mengambil pelakon berbangsa Cina dari Malaysia utk menghidupkan watak Li Hua tersebut..

tapi secara keseluruhannya pelakon lain mampu memainkan peranan masing2 dengan sangat baik.. Jehan Miskin umpamanya, walaupun watak beliau tidak mempunyai apa2 skrip.. tetapi nampak secara jelas beliau menghidupkan watak Embi sbagai askar dan pengikut Merong dengan cemerlang sekali.. dan pelakon utama Stephen Rahman Hughes sudah tentu perlu dipuji atas kemampuan membawa watak Merong dgan sangat baik..

dari segi plot atau jalan ceritanya, aku tidak boleh memberi sebarang komen kerana sudah tentu ianya sangat predictable.. well, perkara ini aku x boleh salahkan Yusry dan Amir Hafizi sbagai penulis skrip kerana filem epik sebegini terikat dengan plot sejarah.. tetapi credit juga harus diberikan kepada mereka kerana walaupun terikat filem ini mampu digarap dengan baik sekali..

kelemahan filem ini mungkin terletak pada durationnya.. 110 minit dilihat sebagai terlalu cepat bagi sesebuah satira epik.. hal ini aku perlu salahkan FINAS kerana mempunyai mentaliti bahawa filem Malaysia tidak boleh terlalu lama kerana penonton akan cepat bosan dan mereka juga menghadkan jumlah panggung yang menayangkan filem tempatan dalam satu2 masa.. kalau macam ni lah nampaknya lama lagi la industri filem tempatan akan naik hm..

lain2 kelemahan yang perlu dikomen ialah pemilihan askar yang sedikit lalai.. askar kesemuanya sama ada gemuk atau terlalu kurus menjadikan watak askar2 itu tidak nampak gagah dan sedikit kelakar.. tapi dalam kes ni mungkin Yusry nak menonjolkan watak Merong dengan lebih ketara.. mungkin..

kelemahan lain emm.. improvekan CGI then filem ini akan menjadi lebih gempak.. tapi sekarang pun quality filem ini dah setanding dgan filem luar.. so xpela kot hehe..

akhir sekali to Yusry,Norman,Edry,Amir Hafizi(Scriptwriter),Johan Lucas&Amaludin Syukri(Producers), we Malaysians salute you!

sangat puas hati dgan filem ini.. industri filem semakin membangun dengan filem berkualiti sperti Hikayat Merong Mahawangsa dan Khurafat..

Sokonglah industri filem tempatan!

p/s :"sudahlah hodoh mulut berbau!" haha the best script ever!

Tuesday, February 8, 2011

Astro First : Sumber Baru Lanun Siber!!


Salam pembaca2 setiaku!!! huhu

excited lak x pasal2.. haha

ok.. lama gak x blogging ni.. so utk post pertama february ni.. aku bercerita ttg benda baru yg ada di Malaysian Satellite television yg sangat terkenal iaitu ASTRO!! huhu.. 

utk pengetahuan anda semua yg aku rasa dah sedia maklum pun ttg benda ni.. Astro telah melancarkan satu channel yg baru iaitu Astro First.. 

sedikit info ttg astro first ni ialah ia adalah satu channel yg berbayar.. RM 15 satu filem.. yang menariknya ttg Astro First ni ialah filem2 yg ditayangkan ialah filem yg baru dan ketika ini masih ditayangkan di pawagam2 seluruh Malaysia.. so the idea is to provide a comfrtble condtn to astro users yg malas nak pegi wayang n ade kekangan contohnya anak2, kerja, dan macam2 lagi la.. 

dan dengan subscribe Astro First anda boleh la tgok films di pawagam di rumah anda dalam keadaan yg selesa.. x kisah la nak baring ke, nak terbongkang depan tv pun xkisah haha.. dan filem 18+ yg x boleh ditonton oleh anak2 di pawagam boleh la ditonton di rumah dgn Astro First haha.. tapi harapan je la.. aku rasa mmg xkan ade filem 18+ ditayangkan di Astro First ni.. coz kebanyakan film yg ditayangkan ialah film Malaysia.. haha boleh kira ngan jari la berapa banyak film Malaysia yg 18 +.. "Mekanik (1983)", "Pelumba Malam (1989)","Litar Kasih (1996)","Panas(1998)".. tu jela.. sekarang ni paling ganas pun PG 13 je..

so bukan tu point sebenar post aku hari ni.. aku tulis kerana aku risau dengan perkembangan channel ni sebnarnya.. mmg ideanya bagus iaitu utk meningkatkan jumlah penonton film Mlaysia di pawagam dan juga di Astro First tapi aku rasa byk kekurangan dgn adenye channel ni..

yg pertama, aku rasa terlalu awal utk menayangkan film yang masih berada di pawagam di saluran Astro First ni.. ini akan mengurangkn jumlah tiket yg dijual di pawagam dan sedikit sebanyak mengurangkan jumlah keuntungan kutipan tiket kepada penerbit dan pengarah film.. kalau kita lihat dari segi logiknya, harga tiket di pawagam ialah RM 8 - RM 12.. kalau 3D tambah RM 10 dan kalau masuk golden class RM 40.. hmm.. kalau melalui Astro First kita dapat tgok filem2 ni dengan skrin B.yond HD dengan harga hanya Rm 15 je dan dengan keadaan yg sangat selesa di rumah..  hal ini mungkin x berlaku kepada semua org tapi sedikit sebanyak mengurangkan kutipan tiket yg sepatutnya penerbit film Malaysia boleh peroleh lagi banyak kalau tayang di pawagam saje..

kedua, dan paling ditakuti ialah piracy.. kalau sebelum ni lanun cetak rompak perlu merakam dari pawagam dan banyak method lain utk mencetak rompak sesebuah film.. skarang ni dah xpayah dah.. diorang hanya perlu subscribe astro first dan rakam dari situ sahaja tanpa bersusah payah ke pawagam.. hmm rakam pastu cetak beribu2 cd atau dalam zaman moden skarang terus letak di website utk di'download' secara free oleh seluruh rakyat Mlaysia haha dahsyat kan.. 

teori kedua aku ni ada buktinya.. ok 3 filem pertama yg ditayangkan di channel ni ialah 'Ngangkung','Damping Malam' dan 'Aku Masih Dara'.. bile keluar je 3 filem ni di Astro First terus website yg menyediakan kemudahan download movies keluarkan link2 utk download film ni.. hmm cepat kan.. jarang sebenarnya kalau ikut logik filem yg ada kat pawagam dah boleh di'download' di internet.. kalau ada pun masih dalam bentuk rakaman atau CAMrip atau paling lawa pun R5 la.. tapi aku lihat ketiga2 film ni dalam keadaan PPVrip atau dalam kata lain gambar cam DVD la.. hmm mungkin kebetulan.. mungkin

tapi bile  'Hantu Kak Limah Balik Rumah' keluar Astro First, aku trus check download website dan terbukti downloadable HKLBR dah ade dalam bentuk PPVrip haha.. kebetulan lagi ke? 

berikut merupakan filem2 yg bakan ditayangkan di Astro First selepas ini:-

1)Kembar Siang
2)Hikayat Merong Mahawangsa
3)...... Dalam Botol
4)Dilarang Masuk
5)Senjakala
6)Kongsi
7)Keramat
8)Sekali Lagi
9)3 2 1 Cinta
10)Senario Oops Pocot

dan filem2 ni juga akan boleh di'download' dalam bentuk PPVrip kalau stail Astro First diteruskan camni..

Chow!


Friday, January 21, 2011

nak tgok filem ke tgok plakon bang?!


Salam..

Sorry peminat2 setiaku(ceh cam ade).. lama lak aku x update.. bz do.. tdi gi SAS.. esok gi KL lak.. haiyo.. 
hmm. tpi x pe menggunakan kesempatan yg ada aku akan bercerita ttg film.. so knal Lisa Surihani?

haha aku bunuh sape yg x knal.. so Lisa ni mmg x dinafikan cantik gile ar kan.. tapi apa pandangan korg ttg filem or drama lakonan dia? hmm.. apa yg pasti Lisa ni bukanla aktres yg hebat pun.. certain pengarah hanya menggunakan kecantikan  dia je utk melariskan filem mereka.. tgokla "Lagenda Budak Setan".. dari novel yg sangat menarik ke filem yg x best langsung.. hmm apela nak jadi..

well bukan salah Lisa sbnarnya.. dah org offer amik je la btul x.. tapi yg aku nak kritik sikap pengrah dan penonton tempatan yg x arah & tgok film tu berdasarkan kualitinya.. nmpak lawa skit tgok.. klu beginilah caranye smpai bile nak maju.. x salah nak amek pelakon cantik tapi pastikan skrip dan kualiti filem tu bagus la..

ini tak.. main amek je pelakon lawa2 tapi filem cam haram.. apela.. sepatutnya pelakon baru yg lawa dan ada potensi walaupun belum pro lagi cam Fasha Sandha,Fazura & Fouziah Gous digilap melalui skrip,setting & character mereka dalam film or drama mereka.. klu setakat nak amek diorg dan film ntah ape2 yg dibuat baik x yah.. klu nk harap poster je menarik baik masuk pertandingan poster je.. 

tapi of course la, bukan semua pengarah mcm tu..mungkin yg membuat benda2 cmtu masih x mtg dan pro lagi.. xpela bgla dia peluang..

so list pelakon tempatan yg best:-

1)Shaheizy Sam
2)Rosyam Nor
3)Sharifah Amani
4)Noorkhiriah
5)Liyana Jasmay
6)Sheila Rusly
7)Fizz Fairuz
8)Fauzi Nawawi
9)Bront Palarae
10)Ummi Aida
11)Que Haidar
12)Afdlin Shauki
13)Ida Nerina
14)Adlin Aman Ramlie
15)Vanida Imran
16)Rusdi Ramli
17)Zamarul Hisham
18)Zul Huzaimy
19)Maya Karin
dan banyak lagi.. yg legend2 cam P. Ramlee, Sarimah Ahmad,Jins Shamsuddin,S. Shamsudin, Mariani Ismail,Fauziah Nawi,Kartina Aziz,Rosnah Mat Aris tu x perlu la sebut..

dah dlm category legend..

haha klu x setuju.. jgn marah.. ni dari kaca mata seorg amatur bernama aku..

chow!

p/s:wish me luck tomorrow!!


Saturday, January 15, 2011

Best Movie Lines & Quotes Of All Time!


Salam..

haha sejak kebelakangan ni aku tgok rakan2 karibku dah makin aktif mem'blog' (ada ke perkataan tu?)haha..

xkisahla.. maybe boredom leads to ideas & creativities to write..hmm so kali ini kite discuss pasal film pulak.. asyik music je.. movies pun nak gak betul x? haha..

so aku baru habis tgok 'Thank You For Smoking'.. hmm  filem ni memberi inspirasi kat aku utk post hari ini..

klau korg sedar utk sesebuah filem tu dikelaskan sbg filem yg bagus.. film tu perlu mempunyai background music yg bagus, pelakon yg menepati character dlm filem tu dan the most vital thing is the script!! kalau kita tgok interview bersama aktor2 ternama.. kita akan biasa mendengar perkataan seperti :- 

" Saya berminat utk berlakon film ni disebabkan oleh skripnya"
" Saya tak akan berlakon sesebuah filem melainkan skripnya bagus"
" Saya akan meneliti skrip filem itu dahulu sebelum menerima tawaran berlakon"

typical? lame? haha jwpn2 tu la yg sering diberi pelakon sekarang ni.. xtaula diorg teliti ke x skrip tu.. kalau dah x da duit, mesti terima gak apa2 tawaran yg dtg btul x? haha..

so kali ni aku akan senaraikan list best movie quotes bagi aku la..


1) " You jump i jump, remember?" - Titanic
2) " Bond, James Bond" - James Bond : Dr. No
3) " May the Force be with you" - Star Wars Movies
4) " I'm the king of the world !! " - Titanic
5) " My precious.." - Lord Of The Rings : The Two Towers
6) " Why so serious.." - The Dark Knight
7) " I see dead people" - The Sixth Sense
8) " Hasta la vista, baby.." - Terminator 2 : Judgment Day
9) " Keep your friends close, but your enemies closer" - The Godfather : Part 2
10) " Do what you have to do, in order to do what you want to do" - The Great Debater
11) " You seem somewhat familiar, have I threatened you before?" - Pirates Of The Caribbean
12) " This isn't personal Kay, It's business" - The Godfather

xtau kenapa list ni habis nombor 12.. haha xtau nak pilih kot.. byk sangat..

chow!

Monday, December 27, 2010

GOOD trailers, BAD movies?


Salam!

kali ni, aku tulis pasal filem lagi sbb benda alah tu je yg aku tgok utk hilangkan rasa bosan time cuti ni huhu..

jadi seperti title post ni aku akan cakap pasal filem yang trailernye "Best ya amat!!" tapi filemnye "pathetic.."

sebenarnya benda cam ni sgt common sekarang ni.. yelah sume director nak filem diorg box-office.. kos buat filem dah berjuta.. pelakon dah masyuk.. so kenala buat trailer best2 utk tarik minat umum.. haha nak share skit pengalaman ngan korg.. well filem pertama yg aku tgok yang rase trailernye boleh blah tapi filem cam haram ialah "7 Perhentian" haha.. bukan xnak sokong filem nasional tapi mmg cam haram nk buat camne..

so sedikit nasihat utk rakan2.. bile dah kuar trailer filem di tv or internet.. jgn MANGAT terlebih! tunggu review dan comment media and member2 terdekat sebelum tengok filem kat wayang or download filem tu ok!

berikut ialah senarai filem2 yang ber"genre" GOOD trailers BAD movies ni, hayatilah..:-

1) Watchmen


2) Despicable Me

3)Cirque Du Freak : The Vampire's Assitant


4)Chronicles of Riddick


5)Bee Movie


hmm tu jela kot the MOVIES THAT GIVE BIGGEST DISAPPOINTMENT to all of us..
byk lagi tapi ni yang paling teruk arr..

ade juga movie yang trailer nye best dan movienye best cam 300, Transformers,Transporter 1,2,3..

dan ade juga movie yg trailer cam bodo tpi movie best cam Hantu Kak Limah Balik Rumah, Ngangkung,The Lat Airbender..

dan ade juga yang trailer pathetic, filemnye lagi la buruk.. contohnye 2 Alam haha(jgn marah Dr. Rozmey)...

Sekarang ni dalam pemerhatian aku, trailer yg nmpak best tapi filem mungkin cam bodo ialah Gulliver's Travel.. pengkritik filem nampaknye menyetujui perkara ni.. so tanya2lah member sebelum ter"bazir" duit tgok filem tu.. huhu(ni andaian je, kalau best jangan marah)

Chow!

p/s:best tu subjektif!teaser transformers nmpk x best pun!Check it out!


Sunday, December 26, 2010

Music & Films? Apa kaitannya??


Salam!! Haha dah banyak hari jugakla x menulis kat blog ni.. bz skit la cuti ni.. biasa la org kahwin la, doa selamat la, org bertunang la.. so xde mase sgt nak update blog..

So, hari ni aku nak cerita pasal music dan impaknya terhadap sesebuah filem tu..
Umum mungkin x perasan dan x ambil tau yang sebenarnya salah satu sbb mereka syok dan melayan sesebuah filem tu ialah kerana soundtrack atau music yang dimainkan sepanjang filem tu..

Aku ambil contoh "Saturday Night Fever".. org yang tgok filem tu mesti terkenang lagu nyanyian Bee Gees " Saturday Night Fever" di samping tarian hebat John Travolta..
Serupa jugak dgn filem "Yes Man".. sesiapa yg tgok filem tu akan ingat lagu "Jumper" yg dinyanyikan Jim Carrey utk selamatkn org yang nak bunuh diri tu..

dan of course, citer plg popular "Titanic" yang disinonimkan dgn lagu "My Heart Will Go On" oleh Celine Dion..

So di sini aku akan senaraikan 5 soundtrack filem terbaik bagi aku:-


5) Once



4)Scott Pilgrim vs The World


3) Juno


2) The Twilight Saga:Eclipse


1) 500 Days of Summer



banyak lagi soundtrack menarik macam Hairspray, Camp Rock, Cadillac Record.. tapi ni aku namakan 5 yg terbaikla..

p/s: kepada sesiapa yg nak mengarah filem tu pastikan soundtrack filem tu terbaik!!

Chow!

Thursday, December 23, 2010

Hantu Kak Limah: lawak bodoh yang pandai?




haha hari ni smangat lak nak menulis


ok.. hari tu aku nak tgok satu filem Melayu arahan Mamat Khalid kat GSC Alamanda.. name filem tu Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)..

tapi aku sgt terkejut sbb time tu tiket utk HKLBR dah habis dijual sampai midnight show! padahal bile aku tgok jam baru kul 12 tghari.. so aku pun tgok la harry potter..

dari situ aku mula terfikir pasal filem ni.. pengkritik filem ramai mengatakan filem ni paparkan lawak bodoh, takde plot dan banyak lagi komen2 negatif tapi keadaan yang aku alami tadi membuktikan sebaliknya..

so bile aku tgok filem ni.. aku boleh buat kesimpulan yang filem ni dalam kategori ok la.. lawak 'black comedy' yang menjadi.. terutamanya dari segi watak penduduk kmpg pisang tu sendri..
loghat Perak yg kelakar, tapi mungkin plotnye bongok la jugak..

So, konklusinye(wah ayat hebat!) yang aku nk cakap kat sini macam mana pengkritik filem melihat keadaan ni.. mereka mengatakan HKLBR sebagai lame dan hambar tapi kutipan tiket RM 1.2 juta dlm masa 2 hari membuktikan sebaliknya dan jelas menunjukkan ke'pandai'an Mamat Khalid membuat filem yg kena dgn citarasa rakyat Malaysia..

persoalannya, adakah korg setuju HKLBR sebagai filem lawak bodoh atau satira yang bijak??

chow!