Thursday, January 5, 2012

Adam Adli & Academic Freedom

Assalamualaikum, okay dah berhabuk dah blog ni haha. I think it's not too late to wish all of you Happy New Year. Semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah S.W.T.

So, untuk post pertama tahun 2012 ni, saya terpanggil untuk membincangkan isu yang sangat famous sekarang di Malaysia iaitu Adam Adli dan gerakan Mahasiswa yang menuntut kebebasan akademik. Sebelum saya mengemukakan pandangan saya terhadap isu ini, perlulah sedia maklum ini merupakan pandangan pelajar berusia 18 tahun yang masih belum mengenal dan mempunyai pengalaman dalam politik negara.



Seperti yang anda semua sedia maklum, Adam Adli dan gerakan kebebasan akademik beliau menuntut untuk:-

  1. Mansuhkan AUKU Akta 174 dan Akta 555
  2. Bebaskan ilmuan berakademik
  3. Bebaskan mahasiswa bersuara
  4. Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus
  5. Bebaskan mahasiswa mengurustadbir persatuan dan aktiviti
  6. Bebaskan mahsasiswa berpartisipasi dalam politik
Maka timbul banyak persoalan di minda saya. Atas hujah dan dasar apakah akta ini hendak dimansuhkan? Tahukah mereka bagaimana sesuatu akta itu digubal dan dimansuhkan? Benarkah mereka ini neutral dan tidak terlibat pun dengan sebarang parti politik? 

Persoalan demi persoalan muncul, maka untuk memastikan saya tidak bersifat bias, saya membaca blog dan twitter pemimpin mereka seperti Adam Adli sendiri, Syukri Razab (Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)) dan Safwan Anang (Presiden Mahasiswa Islam Universiti Malaya) untuk mendengar dari pihak mereka.

Katakan saya ambil movement academic freedom ini sebagai a non-partisan movement, maka saya menyokong beberapa tuntutan mereka terutamanya membebaskan ahli akademik iaitu Professor Aziz Bari kerana saya yakin beliau hanya mengkritik berdasarkan fakta dan ilmu beliau dalam Perlembagaan, bukan dengan niat untuk memihak kepada parti pembangkang dan mencabar Sultan Selangor. Namun saya kecam tindakan Adam menurunkan bendera Dato' Seri Najib di PWTC dan menganggap tindakan itu sebagai biadap dan hanya akan dilakukan oleh orang yang tidak matang.

Jika kita ingin menuntut sesuatu yang serious seperti pemansuhan AUKU, maka kita perlu menunjukkan sifat yang matang dan professional. It's common sense. Memanglah kita tak boleh dakwa anda di bawah apa-apa akta. Namun sekarang ini kita bercakap tentang nilai murni, about respect. Walau kita benci macam mana pun terhadap seseorang pemimpin, penghormatan harus diberikan melihat kepada beban yang perlu dipikul oleh beliau. Sebagai seorang mahasiswa Melayu, budaya Timur, menghormati orang tua, itu perlu diamalkan oleh saudara Adam Adli. 

Walaubagaimanapun, saya juga ingin mengkritik golongan PERKASA yang juga menunjukkan sikap tidak matang dengan menyebarkan video ugutan terbuka terhadap Adam dan konco-konconya. Apabila PERKASA mengeluarkan video tersebut, ia menguatkan lagi gerakan ini, dan menarik simpati rakyat terhadap golongan mahasiswa ini serta mencalarkan imej persatuan tersebut. 

Apabila rakyat melihat tindakan Adam Adli , rakyat akan berkata, inikah tahap kematangan mereka untuk kita benarkan mereka untuk berpolitik? Sekiranya AUKU dimansuhkan dan mereka mula berpolitik, bukankah tindakan - tindakan bodoh seperti ini juga yang akan berlaku dalam arena politik nasional? Maka kita sebagai mahasiswa, mahupun rakyat perlu berfikir baik dan buruknya AUKU ini digubal. Jangan kerana nafsu dan semangat kita untuk berpolitik perkara lain khususnya akademik kita boleh abaikan.

Jikalau kita lihat pada interview ataupun tweet - tweet yang dibuat oleh Adam Adli dan Syukri Razab, mereka ini begitu radikal dalam perjuangan mereka. Sehinggakan dalam satu interview ini, Adam Adli berkata 

"Saya tidak kisah sekiranya dibuang universiti, kerana ini jalan yang saya pilih"

Saya sedikit kesal dengan statement mahasiswa ini, tidakkah beliau tahu peluang ke universiti itu bukan senang? Beliau berkata

 "ilmu ini bukan setakat di dalam kelas, saya tahu ilmu dalam perlembagaan berdasarkan apa yang saya belajar di luar kelas"

Benar. Tetapi bukankah segulung ijazah yang sah itu satu penghormatan yang penting untuk kita menempuh alam kerjaya? takkan kita nak menjadi guru dengan ilmu yang anda dapat di luar kelas sahaja? yang tidak dapat dipastikan kesahihan ilmu tersebut tanpa diterangkan oleh seseorang guidance? Saya tidak mahu memberi komen tentang dakwaan segelintir pihak yang mendakwa Syukri Razab dan beberapa pemimpin pro - Mahasiswa yang lain merupakan drop- out universiti mereka kerana dakwaan itu kemungkinan besar adalah fitnah.

Mereka ini dengan lantang mengkritik pihak kerajaan dengan Syukri Razab dalam Twitternya menulis 

"kalau nak disenaraikan masalah dalam negara, silap silap setiap bulan perlu ada Bersih.."

Masalah apa yang saudara cakapkan? Dah nama pun negara, yang penduduknya berbilang kaum, mestilah akan sentiasa berlaku masalah, maka jalan penyelesaiannya yang perlu dipertikaikan bukan masalah tersebut. Dan kenapa nak kaitkan masalah negara dengan Bersih? besarkah kesan Bersih ini dalam menyelesaikan masalah negara? Dari apa yang dicakapkan Syukri ini kita boleh tafsirkan yang pergerakan ini partisan walaubagaimanapun mereka menafikannya, kalau tidak kenapa Bersih yang diangkat? Dalam demo UPSI sekalipun, benarkah anda benar - benar memperjuangkan kebebasan akademik? kerana setahu saya demo tersebut untuk membebaskan Adam Adli? bukankah kepentingan individu namanya? dan apabila bercakap tentang kepentingan individu, bukankah ianya mirip demo 901?

Kalau benarlah mereka ini bukan partisan, pergerakan dan tindakan mereka masih senang dieksploitasi pihak pembangkang. Lihatlah dalam demo UPSI 1 Januari lalu, apabila Safwan Anang dimasukkan ke dalam hospital, pihak mana yang melenting, bukankah Angkatan Muda Keadilan? bukankah wakil-wakil dari parti PAS? 

Maka apa yang saya cuba sampaikan ialah, saya sentiasa hormat dan kagum dengan sifat mahasiswa moden kini yang bersemangat menuntut hak mereka untuk berbincang isu-isu politik negara, kerana saya sendiri akan mengkritik apa yang dilakukan kerajaan sekiranya tidak bersetuju dengan mereka, contohnya saya tidak bersetuju dengan pemansuhan ISA, saya bangkang pemansuhan PPSMI dan saya rasa voucher RM 200 itu baik di'invest' dalam aktiviti pendidikan yang lain. Saya juga membantah keras keganasan polis dan FRU (jika benar berlaku) dalam demo UPSI tersebut. 

Kita sebagai orang muda boleh berbincang tentang politik, contohnya seperti apa yang saya sedang lakukan ketika ini. Tulis, debat , pidato dan buatlah forum membincangkan isu - isu ini, mungkin bukan sekadar siapa betul UMNO atau PAKATAN? tetapi juga isu seperti pembangunan ekonomi, masalah perpecahan kaum, kepentingan budaya, alam sekitar dan sebagainya. Tidak semestinya dengan AUKU kita terkongkong, cuma mentaliti anda yang sempit menyebabkan anda rasa ditindas dan dikongkong, Facebook ada, blog ada. Luahkan pandangan anda dengan minda yang rasional, bukan secara demonstrasi yang menyusahkan dan menyakitkan hati orang lain.

Akhir sekali, sedarlah wahai pro-Mahasiswa sekalian, jika benar anda prihatin terhadap rakyat, maka kejarlah segulung ijazah dahulu, kumpullah ilmu agar anda boleh berhujah dengan yakin menentang pemimpin yang anda katakan corrupt itu. Sabarlah, jangan kerana nafsu politik sekarang ini, anda abaikan masa depan. Saya tertarik dengan soalan Adam Adli dalam satu interview,

"sekarang ini, siapa yang bodoh? siapa yang bangang?"

Berhati - hati Adam. Kerana, sekarang ini tindakan anda menunjukkan jawapan kepada soalan tersebut ialah diri anda dan pergerakan anda sendiri.