Salam..
haha terkejut? terkesima? terkamjat? ternganga? tersentap? hahah macam2 'ter' yg boleh aku bagi bila nama Ana Raffali diumumkan Cheryl, Ally dan Faizal sebagai Juara Lagu menerusi lagunya 'Tolong Ingatkan Aku' semalam.. hahahaha ramai yg mengatakan die x layak, x juara lagu langsunglah, juri bias la dan mcm2 lagila.. hihi biasala manusia kalau favourite die x mng mesti x puas hati.. betul tak??
ok.. secara keseluruhannya.. AJL tahun ni improve la dari tahun lepas dari segi kualiti artisnya, gimik2 diorg dan persembahan intro dan iterludenya mmg bertenaga.. cuma idea G-bam iaitu producer AJL 25 untuk melakukan music mapping ni x begitu menyerlah dan menjadi.. kerana mereka x menekankan betul2 konsep music mapping tu smada persembahan ke atau pengacara majlis.. G-bam sekadar menunjukkan konsep itu berlaku pada introduction AJL sahaja melalui persembahan Francisca Peter dan M.Nasir..
hmm.. dari segi persembahan artis pada malam itu, ada certain artis yg kurang dari segi vokalnya dan persembahan berbanding artis yg lain.. Yuna misalnya kelihatan x memberi sepenuh kekuatan vokalnya melalui trek 'Cinta Sempurna' kerana lagu slow seperti itu sepatutnya Yuna focus 100% kepada vokal dia.. hmm xpela nervous kot peserta first hihi.. Tomok melalui trek 'Berlari' pun ada kureng skit.. mungkin penat menari..
saya x setuju dan pendapat org ramai yg mengatakan gimik terlalu over dalam AJL tahun ni terutamanya oleh Faizal Tahir.. well itulah namanya musical creativity.. camne seseorang artis nak menarik peminatnya dalam persembahan.. dan gimik hebat camni sudah boleh dijadikan trademark Faizal Tahir setelah melakukannya dalam Anugerah Skrin yang lalu.. dan die juga dapat anugerah 'Persembahan Terbaik' melalui gimiknya dalam trek 'Hanyut'..
hmm.. dari segi keputusan.. agak mengejutkan juga sebab Ana Raffali bolehla dianggap 'underdog' disamping nama2 seperti Meet Uncle Hussain, Yuna dan Black yang sudah pernah memenangi dan menjadi favourite dalam AJL ni.. tapi melihat kepada barisan juri berpengalaman diketuai M. Nasir yang telah banyak menulis lagu-lagu yg menjuarai pertandingan ini di samping composer dan penulis lirik terkenal seperti Habsah Hassan, Azmeer, Andy dan lain2.. sememangnya mereka tahu resipi dan rahsia lagu yg layak utk menjadi juara lagu..
dan yg x tgok semalam keputusannya adalah seperti berikut:
Juara : Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Naib Juara : Black & Meet Uncle Hussein - Drama King
Ketiga : Hafiz - Noktah Cinta
Vokal Terbaik : Hafiz - Noktah Cinta
Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Hanyut
sudah tiga tahun berturut AJL dikuasai artis2 muda bermula Estranged - Itu Kamu, Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu, Aizat - Pergi dan tahun ini Ana Raffali menerusi Tolong Ingatkan Aku.. adakah trend ini akan berterusan atau pada AJL 26 nanti artis2 otai cam Jamal Abdillah, M. Nasir, Ning Baizura, Ziana Zain, Dato' Siti Nurhaliza, Zainal Abidin,Hattan,Search akan muncul dengan lagu2 yg boleh menewaskan dominasi artis2 baru ini..
apa2 pun two thumbs up for G-bam and AJL 25 production crew kerana berjaya menjalankan AJL 25 ini.. thumbs up juga kepada Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheryl Samad kerana berjaya menyerikan lagi AJL kali ini.. tahniah juga kepada Hujan,Yuna, Black, Meet Uncle Hussain, Shahir, Hafiz, Adira, Ana Raffali , Faizal Tahir, Bunkface, A.P.I, Tomok dan Stacy kerana berjaya masuk ke final AJL tahun ni..
Chow!
p/s : Sokonglah industri muzik tempatan!!
No comments:
Post a Comment