Salam..
dalam sibuk2 mengisi borg upu fasa 2 dan sibuk masuk kolej2 utk a-level dan foundation tu.. huhu jom kite bincang dan diskus2 sikit pasal fenomena supergroup ni...
baru beberapa hari sejak AJL 25 tamat dan tahun ini menyaksikan kelainan sikit apabila AJL buat pertama kali disertai supergroup yg ditubuhkan Loque (Monoloque) yg bernama A.P.I. dengan mempertaruhkan trek 'Pelita'.. tapi bukan lagu tu yg kite nak bincangkan hari ni.. yg kite nak bincangkan ialah frasa ape kejadahnya 'supergroup' tu sendiri.. ade faham?
ok A.P.I. ni ditubuhkan oleh Loque (Monoloque,Butterfingers) dan dianggotai Noh (Hujan), Azlan (Azlan & The Typewriter), Imran (One Buck Short), Din Homatov (Estranged) dan AJ (Pop Shuvit).. ape yg aku lihat sekarang ni Loque cuba melakukan satu perubahan yang baru dalam industri music tanah air apabila menubuhkan A.P.I., seperti yg dilakukan oleh pemuzik luar yg terkenal cam Dave Grohl, Damon Albarn, Eric Clapton yg mempunyai supergroup mereka yg tersendiri..
buat yg masih blur supergroup tu ape.. supergroup ialah satu frasa yang digunakan dalam dunia music yg menunjukkan gabungan artis2 yg sudah berjaya dan popular dalam kumpulan mereka sendiri dan ingin bergabung bersama ahli kumpulan popular lain utk membentuk satu legasi music yang baru..
tapi sayang hasrat dan tujuannye mmg la nmpak cambest dan gah tapi sehingga tahun 2011 ni.. x ade satu pun supergroup yg benar2 dapat bertahan lama dan memberi kesan dlm industri music.. so ape yg saya lihat sekarang ni sejak balik dari Berklee, Loque menjadi terlalu ambitious.. die nak naikkan Monoloque menjadi lebih hebat dari Butterfingers, dia buat A.P.I., dan dia berduet dgn Atilia menerusi trek 'Kekanda Adinda'
hmm.. byk betul benda dia nak buat.. boleh focus ke bro? haha memain je.. tapi walaupun saya menjangkakan A.P.I. ni akan terkubur dalam masa 5 tahun akan datang.. tapi bagi saya Loque ialah seorang musician yg sgt kreatif.. sekiranya dia terus aktif dlm industri music dia mungkin salah seorg pemuzik yg akan mengangkat music underground dan indie ni di persada mainstream.. dlm masa 10 tahun ni.. kita akan terus mendengar material2 yg unik dari Loque..
akan tetapi saya tetap dgn pendirian yg supergroup ni just membazir masa sahaja.. sejarah music mmg telah membuktikannya.. lainla kalau A.P.I. nak mengubahnya...
ni ade sedikit senarai supergroup yg pernah ada dan still ada(aku bagi satu figurehead utk satu band):-
1)Crosby, Stills, Nash & Young - Neil Young
2) Cream - Eric Clapton
3)Audioslave - Chris Cornell
4)Them Crooked Vulture - Dave Grohl
5)Temple of the Dog - Eddie Vedder
6)The Dead Weather - Jack White
7) Probot - Lemmy
8)Velvet Revolver - Slash
9) Primal Scream - Mani
10)The Good,The Bad & The Queen - Damon Albarn
Chow!
No comments:
Post a Comment