Salam,
IYOSH! Post pertama bulan May.. hihi saje xde idea nak tulis ape kui3.. banyak sangat benda berlaku dalam beberapa minggu ni.. dari Royal Wedding, sumpah laknat Datuk 'T' sampaila kematian Bin Laden.. hmm.. itulah dunia.. ceyh..
So ketika tgah syok membaca ROTTW(MCR Cover), idea tetiba dtg.. credit to Abg. Rom n his crew..
Alright, sudah2 la mukaddimah tu..
Jom kita start,
hari ni sebenarnya aku nak cakap pasal industri music Malaysia, rombakannya dan ke mana hala tuju dalam masa beberapa tahun lagi...
kalau kita sedar, dalam masa 5 tahun industri kita sudah banyak sangat berubah.. aku x kata perubahan itu bagus.. dan x pula aku cakap perubahan itu buruk, cuma ia sedikit sebanyak menunjukkan kat paras mana mentaliti serta penerimaan rakyat Malaysia dalam memilih halwa telinga mereka...
yang pertama sekali sudah tentula fenomana 'indie' yang meletop-letop kat negara ni sejak 5 tahun yang lalu..
dengan kehadiran band2 cam Hujan,Meet Uncle Hussain,Bunkface yang aku kira sebagai leaders atau pioneers of independent bands phenomena di Malaysia.. sebenarnya benda ini adalah satu benda yang sangat positif..ia seperti merombak industri music negara yang aku kira di takuk yang lama dan statik..
namun perkataan 'indie' itu dieksploitasi oleh mass utk keuntungan mereka sendiri.. maka mereka pun menguar-uarkanla 'indie' tu dengan menaikkan banyak band2 yang sebenarnya baru setahun jagung dalam muzik mereka.. sedangkan band2 yang lama dibiarkan aje.. dan bila 'indie' itu bukan lagi menjadi trend sekarang.. maka mereka beralih kembali ke Pop Culture Madness yang menyebabkan industri muzik kita kembali bosan.. yang kekal hanyalah band2 yang memulakan fenomena itu sahaja..
perubahan kedua yang jelas ialah kelahiran pemuzik wanita yang berkualiti.. Yuna yang pertama.. she surprised Malaysian with her courage to involve in music industry with her demo.. ternyata Yunalis berjaya mengecap mainstream success.. kemudian muncul Zee Avi memberikan cabaran dan karya yang menarik dengan self-titled albumnya.. dan kemuncaknya mestilah Ana Raffali yang membuka mata pengkritik muzik dan media dengan kejayaannya merangkul anugerah Juara Lagu.. dan kejayaan pengkarya wanita ini sudah tentu menaikkan semngat wanita2 muda untuk menjadi seperti idola mereka itu.. maka lahirlah Amirah Ali,Aiqa,Najwa Mahiaddin dan Melda Ahmad..( wanita2 ini perlu diberi perhatian)
perubahan ketiga ialah rancangan realiti TV.. bukak tv tgok AF, asal bukak je Mentor pulak dan dulu ada One In A Million, Malaysian Idol,Audition,MyStarz LG dan banyak lagi la.. tu x masuk bintang RTM lagi.. rancangan2 seperti ini ermm.. how to put this delicately.. hmm.. biasa saje.. kelahiran peserta2 reality TV ini menyebabkan lambakan artis2 dlm industry yang x berkualiti.. ya,x dinafikan ada di antara mereka berjaya mewarnai industri seni kita namun kebanyakannya hilang camtu je..
antara yang berjaya dan berkualiti ialah Faizal Tahir,Aizat,Shila,Jaclyn Victor,Hafiz,Black,Stacy.. hmm yg lain tu biasa2 je.. even demam 'Mawi' pun x bertahan lama.. so rancangan realiti yang masih lagi wujud sekarang ni sebenarnya tidaklah melahirkan lebih ramai artis berkualiti utk membangunkan industri music tempatan..
sebenarnya apa yang kita perlukan sekarang ialah bakat2 muda yang berkualiti dan sokongan rakyat tempatan terhadap industri sendiri.. x perlu nak sibuk halang lagu2 dari Indonesia di radio kalau kita sendiri dapat menghasilkan material yang ada kelas..
aku yakin sekiranya artis2 sperti Monoloque,Yuna,Hujan,Altimet,Malique yang sudah popular dan artis2 baru dan "underground" macam Massare Conspiracy,Y2K,MohdJayzuan,Upon Arrival yang ada bakat yang bagus diberi lebih perhatian dan mengahasilkan karya2 yang menarik ia akan menyebabkan music kita lebih interesting dan membanggakan..
artis2 otai cam Wings,Search,Siti Nurhaliza,M. Nasir,Ning Baizura,Noraniza Idris boleh terus mengeluarkan material2 untuk mengekalkan mereka dalam kelas yang tersendiri.. dan artis2 yang sudah lama dalam industri tetapi belum popular seperti Seven Collar T-Shirt,Disagree dan Amuk perlu diberi lebih perhatian oleh media massa..
dan aku sangat teringin mendengar material baru dari CEO Tune Talk,Jason Lo...
Chow!'
p/s:kita ada ramai rappers yang hebat kat Malaysia ni, kenapa nak amek pelawak utk rap?